Tepak Sireh 2008 : 2st Layer - Lapisan Kedua

(klik imej untuk lihat gambar sebesar alam)

Untuk lapisan kedua lukisan Tepak 2008 ni aku buat proses penghalusan serta merta tanpa terlalu halus/detail. Aku mulakan dengan daun, kalau tengok kat daun tu aku sapu warna putih terlebih dahulu, untuk meng'captured' cahaya dan kemudian aku letak warna gelap dari bahagian bayangnya, lepas tu 'blend' sahaja warna itu mengikut kesukaan dan keselesaan.
Sorry ekk aku guna bahasa pasar, aku lebih suka guna bahasa yang spontan sepertimana kita bercakap dengan kenkawan kita tapi tidak keterlaluan, cuma tak suka guna yang terlalu macam drama kat tv tu. Apa yang aku buat ini sekadar untuk dokumentasi sendiri, nanti boleh imbas balik lor.Aku ingat nak siapkan daun tu tapi warna hijau tu lambat tul kering sepertimana yang aku cerita kat 1st layer dulu. Jadi aku decide warnakan pinang, gobek, kacip dan tepak sireh dahulu. Cuba tengok pinang yang dah terkupas tu bulu bulu dia tu aku buat selai2 Titanium white campur dgn Burnt Umber. Buah pinang tu aku mulakan dengan menyapu warna gelap terlebih dahulu, sebenarnya dia mengikut keselesaan seseorang pelukis itu sendiri.
Dah letak warna gelap: Burnt Umber campur dgn warna Cadmium Orange Hue, kemudian blendkan/campurkan warna gelap tersebut dgn warna kuning pinang tersebut ( Cadmium Orange Hue). Sewaktu aku tengah melukis nie terpikir jugak aku, ape yang penting dlm realism nie sebenarnyer kena pandai blend jer, segala galanyer tentang blending, iaitu memblend dari satu warna ke satu warna, gelap ke cerah, kena master benda nie jer, kalau dah master benda ni semua boleh jadi, buatlah satu contoh lukis sebiji apple yang ada bayang dgn cahaya sekali, buat latihan banyak-banyak kali khas utk beginner lah.
Cube tengok gobek tu, aku letak highlight dulu pas tu warna gelap dia kat bawah, kemudian diblendkan sahaja kedua dua warna tersebut, proses pen'struggle'lan memblend ini boleh dilakukan berulang2 kali sampai kita puas hati dgn warna yang dikehendaki.Warna yang telah diblendkan, kemudian cube lihat tepak kat bawah nie aku letak highlight Titanium White terlebih dahulu lemudian blen-blend kan sahaja dengan warna tepak tu mengikut panduan photo sedia ada, warna tepak tu aku dah bagitau kat 1st layer tu kot, lupa lak (malas tul nak buat dokumentasi nie) untuk reminder warna tepak tu Burnt Umber + Chrome Yellow Hue + sedikit Cadmium Orange Hue + sedikit Prussian Blue tambah sedikit merah Cadmium Red Deep Hue pun boleh juga.Cuba lihat gambar yang telah diblendkan (klik imej untuk lihat gambar sebesar alam)Kemudian bahagian-bahagian gelap tersebut pun di sapu lagi sekali. SEMUA warna-warna yang SAMA dari lapisan pertama digunakan semula dan diblendkan/percampuran warna tersebut dengan lebih lembut at every inch.
Cuba klik imej besar utk lihat stroke, ulang: gune warna yang sama cume tambah highlight dan paling penting kuasa memblend tersebut, kalau anda lihat secara dekat imej , setiap garisan dan stroke diblend. (dokumentasi ini tiada kena mengena dengan tutorial cume untuk berkongsi apa yang saya buat dan bagaimana saya hasilkan, penghasilan karya anda adalah mengikut keselesaan dan kepuasan anda skill yang ada pada anda gunakan dengan sebaik dan praktikkan selalu insyaAllah akan berjaya, apa yang saya tunjukkan sedikit sebanyak boleh menambah )

Artists: Latif Maulan
Title: Tepak Sirih mini 2008
Size: 43 cm x 58.5 cm
Year 2008

Comments

  1. AZIM UiTM Seri IskandarFriday, 06 March, 2009

    haha.. akhirnya aku dapat tengok juga teknik dan cara Latif Maulan berkerja dalam blog ini.. memang puas hati doh coz dia merupakan idol aku dan karyanya iaitu tepak sireh menjadi inspirasi bg aku dalam siapkan artwork di Uitm Seri Iskandar.. trima kasih Latif Maulan...!

    ReplyDelete
  2. haha akhirnya dapat juga aku lihat teknik dan cara latif Maulan berkerja dlm menghasilkan artwork. memang puas hati, cos latif merupakan idol aku dan karyanya iaitu tepak sireh 2008 jadi inspirasi bg aku dalam menghasilkan art work di UiTM... terima kasih Latif maulan.

    ReplyDelete
  3. wah..gitu rupanya. saya pakai terjah yg mana dulu nak warna..byk ilmu yg dpt..hehe..terima kasih terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts