Sekitar Pameran dengan Cara Kita











On Show at National Visual Art gallery Malaysia. Kuala Lumpur


These two pieces of my painting is available and can be view at Balai Seni Visual Negara Until 10 July 2016 . Boleh dilihat di Balai Seni Visual Negara, Kuala lumpur, Malaysia sehingga 10 July 2016
kedua-dua lukisan di bawah ini terhasil dari timbulnya persoalan yang berlegar di fikiran tentang pengamatan saya terhadap gejala maya pada hari ni....
Memang benar bahawa teknologi kini berkembang lebih cepat daripada tingkah laku manusia. Dan lagi, imaginasi manusia adalah sumber yang tidak terhingga, manakala kapasiti rangkaian tidak boleh menjangkaui pemikiran manusia. Ketegangan dua hala inilah yang akan menimbulkan beberapa soalan yang menarik:

1. Bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa rangkaian maya ini berdaya tahan, sensitif dan berdaya-pulih yang cukup untuk mengendalikan tekanan yang tidak menentu pada kapasiti yang diberikan terhadap perkembangan peranti, sambungan dan corak penggunaannya bukan sentiasa mudah diramal?
2. Sebaliknya pula, bagaimana kesan evolusi Internet berevolusi terhadap tingkah laku manusia?
3. Bagaimanakah kita ingin menjadikan manusia itu untuk berurusan dengan perubahan kadar yang lebih cepat dengan apa yang biasa kita gunakan?
4. Sesetengah orang sudah bergelut dengan teknologi hari ini, jadi bagaimana mereka akan menghadapi tahap tekanan yang lebih besar?
5. Apa mekanisme yang akan membolehkan kita untuk memeriksa tanda-tanda penting untuk rangkaian maya dan tahu bahawa segala-galanya berfungsi secara normal?
6. Apabila sesuatu kejanggalan timbul, bagaimana kita ingin memastikan bahawa rangkaian itu masih dalam keadaan beroperasi?
7. Soalan-soalan ini akan membentuk bagaimana kita berkembang bersama-sama dengan persekitaran digital yang baru.
Ini bukan sahaja akan melindungi masa depan digital kita, tetapi juga masa depan manusia itu sendiri.

Dengan Cara Kita 2016/ In Our Own Way 2016


Dua lukisan ini boleh dilihat di Balai Seni Visual Negara (Creative Space, Bangunan Pentadbiran LPSVN ) dari 18 Jun - 10 July 2016 . Dalam pameran berkumpulan In "Dengan Cara Kita 2016/ In Our Own Way 2016 "

(BM)
Pameran bertajuk ‘Dengan Cara Kita 2016’ ini merupakan projek usaha sama di antara tiga buah galeri swasta dan dua buah kumpulan seni, iaitu, Artemis Art, Lua Gallery dan Titik Merah, serta Malaysian Naive Art Group dan W.O.W. Kolektif. Matlamat utama penganjuran pameran ini adalah untuk memperkenalkan, kepada penggemar-penggemar seni, karya-karya seniman yang tidak pernah mendapat bimbingan dan latihan seni secara formal tetapi menghasilkan karya demi untuk memenuhi keseronokan peribadi dan kehendak batin mereka sendiri serta sebagai satu kaedah terapi. Terkesan dengan penghargaan yang telah diberikan ke atas karya-karya seniman-seniman yang belajar sendiri dan digelar seniman ‘outsider’ dari seluruh dunia, yang pernah muncul dari dahulu sampai sekarang, sempena Pameran Seni Antarabangsa di acara Venice Biennale kali ke-55 pada 2013, dengan tema ‘The Encyclopedic Palace’ yang diangkat dari karya-karya Marino Auriti (1891-1980), seorang pelukis ‘outsider’ yang serba kreatif, kelima-lima galeri dan kumpulan seniman tempatan ini mengambil keputusan untuk sama-sama menganjurkan sebuah siri pameran yang diharapkan dapat mengembangkan dan melebarkan pendefinisian seni serta boleh memupuk apresiasi terhadap karya-karya seni dan kreativiti yang bersifat personal yang berbeza daripada karya-karya arus perdana. Pameran ‘Dengan Cara Kita 2016’ ini meraikan keunikan setiap seniman yang terlibat serta keluarbiasaan dan keanehan mereka seperti yang terpapar menerusi hasil seni mereka. Ringkasnya, pameran ini merupakan tanda penghormatan kepada setiap seorang daripada kita yang memilih untuk hidup dan mengekspresikan diri kita ‘Dengan Cara Kita’.

(ENG)

The exhibition ‘In Our Own Way 2016/ Dengan Cara Kita 2016’ is a collaborative effort by three private galleries and two art groups namely Artemis Art, Lua Gallery and Titik Merah together with the Malaysian Naive Art Group and W.O.W Kolektif. The chief intention for this showcase is to introduce art lovers to works by individuals without formal fine arts training who produced art for their own personal pleasure, inner necessity and as therapy. Inspired by the recognition bestowed upon the works of self taught and outsider artists, past and present from around the world in the 55th International Art Exhibition at the Venice Biennale in 2013 which based its theme ‘ The Encyclopedic Palace ’ on the works of Marino Auriti (1891-1980) a self taught visionary artist, these local art promoters and groups of practitioners decided to come together for a series of exhibitions with the hopes to expand the definitions of art and to inculcate appreciation for a personal kind of artistry and creativity that is different from the mainstream. ‘In Our Own Way 2016/ Dengan Cara Kita 2016’ is a celebration of the uniqueness of the individual, their particularities and peculiarities expressed through art, in short, a tribute to each and everyone of us who choose to live and to express ourselves ‘In Our Own Way’.